SELAMAT DATANG KE MTAQ AL-MUTTAQIN
Ma’had Tahfiz Al-Quran Al-Muttaqin
Memilih
Pusat Pendidikan Tahifz yang betul untuk anak-anak kita adalah satu keputusan
yang amat penting. Ianya tidak semudah memilih sekolah yang mempunyai kemudahan
fasiliti fizikal yang tersergam indah semata-mata. Perkara lain yang perlu
diberi pertimbangan termasuklah suasana pembelajaran yang kondusif dan mesra
pelajar. Juga pengisian kurikulum yang dapat membentuk para huffaz yang
bertaqwa serta membantu dan menjamin kesinambungan masa depan anak-anak samada
untuk meneruskan pengajian dalam bidang keagamaan atau mengikuti
program-program profesional arus perdana di universiti tempatan dan luar
Negara.
Kami sungguh berbesar hati atas pilihan anda untuk
bersama membangunkan potensi masa depan anak anda demi meraih manfaat dunia dan
akhirat. Kami berharap profail ini dapat membantu anda memilih pusat tahfiz
yang betul dan tepat untuk masa depan anak anda.
VISI
MEMBINA GENERASI AL-QURAN YANG
BERTAQWA, INTELEK, BERDAYA SAING DALAM BIDANG FARDHU AIN DAN FARDHU KIFAYAH
MISI
1. Melahirkan
Para Huffaz Al-Quran Yang Membaca Dengan Betul, Memahami, Menyelidiki dan
Beramal Dengannya.
2.
Berpegang
Teguh dan Menghayati Dengan Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah Dengan Aliran Al-Asy’ariah Dan Al-Maturidiyah.
3.
Memahami
Dan Mengamalkan Ajaran Feqah Syafie Secara Mendalam Dan Secara Praktikal Di
Samping Mempelajari Dan Memahami Tiga Mazhab Muktabar Yang Lain.
4.
Berakhlak
dan Beradab Dengan Akhlak Al-Quran dan Akhlak Rasulullah SAW dalam Kehidupan Seharian.
5.
Pembelajaran
Secara At-Tafaqquh (Mendalam) dan Al-Itqan (Profesional) Serta Dengan Cara
At-Talaqqi (Berdepan) Dan Al-Musyafahah (Bertemu Wajah).
FALSAFAH
M
– MULIA DUNIA DAN AKHIRAT
U
– ULAMA’ WARISATUL ANBIYA’
T – TERBILANG DAN TERSOHOR
T – TAAT KEPADA ALLAH, RASUL DAN ULUL AMRI
A
– AKHLAK RASULULLAH
Q
– AL-QURAN PERLEMBAGAAN HIDUP DUNIA DAN AKHIRAT
I – INSAN KAMIL DALAM SEMUA BIDANG
N
– NILAI TINGGI DALAM AKIDAH, IBADAH DAN AKHLAK
No comments:
Post a Comment